Cari:
Filipina dan China Jayakan Aktiviti Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN
2017-02-09 13:41:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kementerian Pelancongan Filipina kini mengadakan kerjasama yang erat dengan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Nasional China dalam menjayakan siri aktiviti sempena Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN yang disambut pada tahun ini.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Pelancongan Filipina, Alma Rita Jimenez dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping di Manila semalam.

Menurut beliau, China dan Filipina kaya dengan pelbagai sumber pelancongan dan merupakan destinasi pelancongan yang penting.

Kini, semakin banyak laluan penerbangan yang menghubungkan kedua-dua negara telah diwujudkan bagi merancakkan kesalinghubungan yang telah dilaksanakan.

Hal tersebut turut membuka ruang pembangunan yang lebih besar kepada kerjasama pelancongan China dan Filipina.

Yang Xiuping pula berkata, kerjasama pelancongan merupakan satu komponen penting dalam kerjasama bilateral China-Filipina.

Pada ketika ini, China merupakan sumber pelancong paling besar bagi ASEAN, dan ketiga terbesar bagi Filipina.

Jumlah pelancong yang saling mengunjungi antara China dengan ASEAN mencecah 22 juta orang pada tiga suku pertama tahun 2016.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China