Cari:
Singapura Umum Strategi Pembangunan Ekonomi
2017-02-10 15:17:46 CRI Cetak

Suruhanjaya Pembangunan Ekonomi yang diketuai oleh Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat mengumumkan strategi pembangunan ekonomi negara bagi 10 tahun akan datang.

Pertumbuhan ekonomi dengan kadar dua hingga tiga peratus setahun juga ditetapkan sebagai matlamat pembangunan ekonomi negara itu.

Menurut suruhanjaya itu, Singapura merupakan entiti ekonomi yang matang, ditambah pula pelbagai perubahan yang berlaku dalam ekonomi, politik serta sains dan teknologi, maka pertumbuhan ekonomi dengan kadar lima hingga enam peratus yang direalisasikan pada beberapa tahun yang lalu sukar dicapai lagi.

Antara saranan dan strategi pembangunan negara yang dicadangkan oleh suruhanjaya tersebut termasuklah mengekalkan dasar ekonomi terbuka, meningkatkan kecekapan tenaga kerja profesional, meningkatkan interaksi dengan syarikat antarabangsa serta menggalakkan daya inovasi dan transfomasi syarikat .

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China