Cari:
Indonesia Jadi Pasaran Kereta Terbesar di ASEAN
2017-02-10 15:20:37 CRI Cetak

Menurut statistik Persatuan Automotif Indonesia semalam, jumlah penjualan kereta baharu di Indonesia mencatat 1.06 juta pada tahun lalu, sekali gus menjadikan negara itu sebagai pasaran kereta terbesar di ASEAN dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Dilaporkan, jumlah jualan kereta baharu Indonesia pada bulan Disember tahun lalu menurun 13.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat 86.6 ribu.

Presiden Persatuan Automotif Indonesia, Johannes Nangoi berkata, seiring dengan peningkatan harga komoditi global, ekonomi Indonesia akan semakin pulih, dan hal tersebut akan merangsang penjualan kereta di negara itu.

Beliau juga menjangkakan jumlah penjualan kereta baharu negara itu akan mencatat 1.1 juta pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China