Cari:
RM Dijangka Rendah Berbanding USD Minggu Depan
2017-02-11 15:32:38 CRI Cetak

Ringgit Malaysia (RM) dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (US) minggu depan, dan mengekalkan paras semasa antara 4.3-4.44 atau pun lebih rendah, kata penganalisis tempatan.

Katanya, dagangan mata wang tempatan akan banyak dipengaruhi kedudukan global, termasuk sebarang langkah atau pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

"Dolar US didagangkan dalam aliran menurun, terutama selepas Amerika Syarikat mengumumkan data gaji. Ia akan terus menyusut selepas Trump berjanji untuk memperkenalkan pembaharuan cukai baharu bagi menyokong ekonomi Amerika Syarikat.

"Selepas pengumuman itu, dolar US meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 1-1/2 minggu berbanding yen. Ia juga diniagakan tinggi berbanding Euro," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, berdasarkan data perdagangan yang positif yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia, pedagang optimis namun berhati-hati bahawa ia (data) akan memberi sokongan ke atas ringgit.

Minggu lepas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia mengumumkan jumlah dagangan bagi 2016, meningkat 1.5 peratus kepada RM1.49 trilion berbanding RM1.46 trilion pada 2015.

Angka dagangan itu dijangkakan berkembang 2.7 peratus tahun ini berikutan peningkatan sederhana jumlah dagangan global selain harga komoditi yang lebih tinggi.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.4250 dan 4.4420 berbanding dolar US.

----Sumber dari Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China