Cari:
Bot Karam: Semua Pelancong China yang Cedera Dibenar Keluar Hospital
2017-02-12 15:24:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

20 orang warga China yang cedera akibat kejadian bot karam di Sabah, Malaysia telah selesai menjalani rawatan di hospital.

Menurut Konsulat Jeneral China di Sabah, 20 warga China itu telah dibenarkan keluar dari hospital, dan 13 daripada mereka telah kembali ke tanah air.

Bot yang membawa 28 orang pelancong China dan tiga orang anak kapal karam di kawasan perairan Sabah pada 28 Januari lalu. 20 orang pelancong dan dua orang anak kapal berjaya diselamatkan, manakala empat pelancong disahkan terkorban. Empat lagi pelancong dan seorang anak kapal masih hilang setakat ini.

Pihak berkuasa tempatan kini meneruskan usaha mencari dan menyelamat di kawasan perairan seluas 300 batu nautika persegi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China