Cari:
Pelancong China Yang Terselamat dalam Tragedi Bot Karam Keluar Hospital
2017-02-13 13:13:56 CRI Cetak

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu, pada 11 Februari lalu, memaklumkan bahawa kesemua 20 pelancong China yang terselamat dalam tragedi bot karam di Sabah yang berlaku pada 28 Januari lalu telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut pegawai Konsulat, setelah mendapat keizinan dari pihak hospital, semua mangsa bersetuju untuk meningggalkan Hospital Queen Elizabeth.

Kira-kira 13 orang daripadanya telah kembali semula ke China, manakala mangsa yang lain terus ditempatkan di Kota Kinabalu bagi membantu siasatan.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada hari yang sama turut memaklumkan, pencarian terhadap lima orang yang masih hilang dalam tragedi tersebut akan diteruskan di kawasan perairan seluas 300 batu nautika persegi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China