Cari:
China Eskport Lokomotif Diesel ke Myanmar
2017-02-13 15:02:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Syarikat Locomotive & Rolling Stock Dalian milik China Railway & Rolling Stock Corporation (CRRC) baru-baru ini mengumumkan bahawa dua buah lokomotif diesel ( Internal-combustion ) yang dibangunkan dan dikaji oleh syarikat tersebut telah diangkut dengan kapal kargo dari pelabuhan Dalian, provinsi Liaoning, China ke Myanmar.

Kedua-dua lokomotif tersebut akan digunakan dalam operasi kereta api penumpang pada masa depan.

Lokomotif yang berkelajuan maksimum 100 kilometer sejam (km/jam) itu mudah disesuaikan dengan perkhidmatan landasan kereta api di beberapa negara Asia Tenggara yang kurang maju pada ketika ini.

Kini, terdapat lebih 50 lokomotif berkenaan di Myanmar yang dieksport oleh Syarikat Locomotive & Rolling Stock Dalian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China