Cari:
Jambatan Persahabatan Kemboja-China ke-7 Dirasmikan
2017-02-14 14:36:47 CRI Cetak

Jambatan Koh Thom yang dibina oleh syarikat China dengan pembiayaan daripada kerajaan China telah dirasmikan di kaunti Koh Thom, wilayah Kandal semalam.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Duta Besar China ke negara itu, Xiong Bo serta pegawai kerajaan Kemboja dan kira-kira 5,000 penduduk tempatan telah menyaksikan majlis perasmian jambatan tersebut.

Hun Sen, dalam ucapannya berkata, Jambatan Koh Thom merupakan hasil terkini pembangunan infrastruktur negara itu dan rakyat akan mendapat faedah dengan adanya jambatan itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China atas bantuan yang disediakan bagi menggalakkan pembangunan sosioekonomi Kemboja.

Duta Besar Xiong Bo pula berkata, Jambatan Koh Thom akan memenuhi keperluan penduduk di kedua-dua belah Sungai Bassac, selain memacu pembangunan ekonomi setempat serta wilayah Kandal.

Selain itu, jambatan tersebut dipercayai berkaitan erat dengan kepentingan rakyat.

China akan terus meningkatkan kerjasama yang sesuai dengan strategi pembangunan Kemboja, menyokong pelbagai program bantuan infrastruktur agar hasil kerjasama China-Kemboja dapat dinikmati oleh lebih ramai penduduk tempatan.

Jambatan Koh Thom merupakan jambatan persahabatan Kemboja-China ketujuh yang dibina oleh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China