Cari:
Palawan Filipina dan Hainan China Bakal Jadi Wilayah Kembar
2017-02-14 14:42:00 CRI Cetak

Hainan China dan Palawan Filipina telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan hubungan wilayah kembar.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Ehwal Luar dan Perantau provinsi Hainan, Wang Sheng yang sedang mengadakan lawatan rasmi di bandar Puerto Princesa, ibu kota wilayah Palawan, Filipina semalam atas undangan Gabenor Jose Alvarez.

Menurut Wang Sheng, Hainan dan Palawan mempunyai prospek kerjasama yang besar dalam bidang infrastruktur, latihan staf pelancongan, perdagangan dan pendidikan setelah menjadi wilayah kembar.

Gabenor Palawan, Jose Alvarez pula berkata, pihaknya mempunyai keazaman yang kuat untuk meningkatkan kerjasama dengan Hainan dalam pelbagai bidang, serta menegaskan bahawa situasi sekarang merupakan peluang keemasan bagi kedua-dua pihak untuk menjalinkan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China