Cari:
Enam Inisiatif China Intensifkan Kerjasama dengan ASEAN
2017-02-14 10:34:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China berharap dapat melihat negara-negara di rantau ASEAN membangun dengan lebih bersepadu, lebih kukuh dan lebih makmur pada masa hadapan berikutan hubungan dua hala China-ASEAN memasuki tempoh 25 tahun yang baharu.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan para diplomat dari sepuluh negara anggota ASEAN di Beijing baru-baru ini.

Rantau ASEAN dan hubungan China-ASEAN sedang berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam situasi baharu pada ketika ini.

Dalam pada itu, China dan negara-negara ASEAN perlu meningkatkan rasa saling mempercayai, mencungkil potensi dan menaiktarafkan kerjasama dua hala.

Sehubungan dengan itu, China turut mengemukakan enam saranan.

Pertama, membuat persiapan untuk mengadakan siri mesyuarat kerjasama Asia Timur.

Kedua, mengintensifkan penyelarasan strategi pembangunan.

Ketiga, menggerakkan kerjasama sosiobudaya serantau.

Keempat, memperkasakan kerjasama pragmatik dua hala.

Kelima, mewujudkan enjin pertumbuhan baharu dalam kerjasama subkawasan.

Keenam, pihak-pihak terlibat perlu menangani dengan baik perselisihan pendapat berhubung dengan pertikaian Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China