Cari:
Bank of China Sokong Pembangunan PKS Thailand
2017-02-15 14:35:09 CRI Cetak

Bank of China (BOC) semalam mengadakan aktiviti mempromosikan perkhidmatan konsultasi rentas sempadan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Bangkok bagi membantu PKS China dan Thailand mencari pasaran, teknologi dan rakan kerjasama.

Ketua Pengarah Jabatan PKS BOC, Wang Jian memaklumkan bahawa BOC merancang untuk membawa kira-kira seratus syarikat China melawat ke Thailand pada bulan Mei nanti untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan PKS tempatan.

Pada masa yang sama, pihaknya juga akan mengundang syarikat-syarikat Thailand ke China untuk mencari rakan kerjasama.

Menurut Wang, BOC akan berbincang dengan kerajaan, bank komersial serta persatuan perdagangan Thailand sebelum bulan Mei bagi menetapkan mekanisme kerjasama, memilih PKS yang berminat untuk mengadakan kerjasama di kedua-dua negara, menandatangani perjanjian perkhidmatan konsultasi, menyediakan senarai maklumat PKS, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China