Cari:
Jumlah Pelancong China dan Rusia ke Phuket Meningkat
2017-02-15 11:43:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pelancong dari China dan Rusia ke Phuket, Thailand dijangka akan meningkat pada tahun ini.

Demikian tinjauan yang dijalankan oleh biro pelancongan Thailand baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, jumlah pelancong Rusia yang mengunjungi Phuket meningkat sebanyak 51 peratus pada permulaan tahun 2017 berbanding dengan tahun 2016 berikutan peningkatan nilai pertukaran Rouble Rusia (RUB) dengan Baht Thai.

Selain itu, pergolakan di rantau Asia Barat juga menjadi antara punca kebanyakan warga Rusia menukar destinasi pelancongan mereka ke pulau terbesar di Thailand itu.

Selain itu, jumlah pelancong China ke Phuket juga meningkat pada awal tahun ini.

Jumlah keseluruhan kemasukan pelancong di lapangan terbang Phuket dilaporkan meningkat secara mendadak sebanyak 18 peratus, dengan melebihi 7.5 juta orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China