Cari:
Penyerang Serangan Rakhine Dijatuhi Hukuman Mati
2017-02-15 11:45:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Seorang penyerang yang terlibat dalam serangan keganasan di pos sempadan yang berlaku pada 9 Oktober 2016 telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Wilayah Rakhine Myanmar baru-baru ini.

Sebelum ini, kerajaan Myanmar memaklumkan bahawa 14 suspek yang disyaki mencetuskan serangan keganasan di tiga pos sempadan yang terletak di Maungdaw, utara Rakhine pada bulan Oktober tahun lalu, hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis, telah ditahan oleh pihak polis pada ketika ini.

Kini, 13 suspek yang lain sedang disoal siasat.

Serangan keganasan tersebut dilaporkan dicetuskan oleh Aqa Mul Mujahidin, sebuah pertubuhan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Organisasi Perpaduan Rohingya (RSO).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China