Cari:
China Sedia Bantu dalam Gempa Bumi Filipina
2017-02-15 11:49:22 CRI Cetak

Kerajaan China bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada Filipina dalam usaha menangani bencana gempa bumi.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam menyatakan bahawa kawasan selatan Filipina telah dilanda gempa bumi pada 10 Februari lalu yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Menteri Luar China, Wang Yi telah mengutus kawat kepada rakan sejawatnya dari Filipina, Perfecto Yasay Jr untuk menyampaikan ucapan takziah.

Selain itu, Persatuan Palang Merah China juga akan memberikan bantuan kemanusiaan bernilai USD50 ribu (RM222 ribu).

Geng Shuang berkata, kerajaan China bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada Filipina untuk mengatasi bencana alam tersebut.

Dengan pimpinan kerajaan Filipina, China yakin rakyat Filipina akan dapat menghadapi sebarang kesukaran dan memulakan semula kehidupan seperti sedia kala dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China