Cari:
Tentera Myanmar Tamatkan Operasi Ketenteraan di Maungdaw
2017-02-20 12:43:23 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar baru-baru ini mengumumkan perkembangan terkini operasi membanteras penyerang ganas selama lebih empat bulan di kawasan Maungdaw, wilayah Rakhine.

Dalam operasi tersebut, 69 anggota puak militan ditembak mati, manakala kira-kira 600 lagi suspek pengganas berjaya ditahan. Walau bagaimanapun, terdapat 17 anggota polis tentera serta 13 orang awam dilaporkan terkorban. Kini, operasi kawalan keselamatan, kestabilan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan sempadan telah diserahkan kepada polis selepas operasi tentera pertahanan tamat.

Pada 9 Oktober 2016, 3 balai polis di kawasan sempadan Maungdaw dan beberapa lokasi lain di Rakhine, bahagian utara Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh telah diserang. Kerajaan Myanmar menyifatkan serangan tersebut sebagai serangan keganasan. Selepas itu, pihak tentera dan polis memulakan operasi pembanterasan di kawasan terbabit dan beberapa kali bertempur dengan kumpulan militan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China