Cari:
Singapura Sokong "Penyelesaian Dua Negara" Israel-Palestin
2017-02-21 10:52:28 CRI Cetak

"Penyelesaian Dua Negara" merupakan satu-satunya kaedah untuk membawa keamanan dan keselamatan kepada rakyat Israel dan Palestin.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sedang melawat ke negara itu semalam.

Dalam pertemuan sebelum itu, Lee Hsien Loong telah menegaskan pendirian Singapura untuk menyokong "penyelesaian dua negara" termasuk hak rakyat Israel untuk hidup secara aman dalam kawasan yang selamat dan hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara yang aman.

Beliau juga berpendapat bahawa kedua-dua pihak Israel dan Palestin perlu mengawal diri dan bertolak ansur demi mewujudkan keamanan yang berkekalan.

Selain itu, Lee mengalu-alukan Israel menjalinkan kerjasama yang erat dengan Singapura dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi, dasar perumahan dan pendidikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China