Cari:
Hari Terbuka Kedutaan Besar China di Thailand
2017-02-22 13:15:24 CRI Cetak

Hari Terbuka anjuran Kedutaan Besar China di Thailand telah diadakan semalam.

Kira-kira 100 mahasiswa Thailand telah diundang untuk melawat kedutaan China, supaya memahami kerja kedutaan itu dan keadaan pembangunan China pada masa ini.

Menurut Duta Besar China ke Thailand, Ning Fukui, para mahasiswa berkeyakinan penuh terhadap prospek masa depan hubungan China-Thailand.

Menurut beliau, keyakinan tersebut timbul daripada rasa saling mempercayai dalam politik antara kedua-dua negara, kerjasama ekonomi dan perdagangan yang dinamik dan persahabatan dalam kalangan rakyat yang sekian rapat.

Selain aktiviti di kedutaan China, para mahasiswa Thailand juga telah melawat Pusat Kebudayaan China di Bangkok untuk menghayati budaya tradisional China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China