Cari:
Polis Marin China dan Filipina Tingkatkan Kerjasama
2017-02-23 12:52:09 CRI Cetak

Polis marin China dan Filipina mengadakan mesyuarat persediaan kali kedua yang juga majlis perasmian Jawatankuasa Bersama Kerjasama Polis Marin kedua-dua negaradi Teluk Subic pada 20 hingga 22 Februari lalu.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama pragmatik dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut, perlindungan alam sekitar serta pelan tindak balas kecemasan.

Naib Menteri Pengangkutan Filipina, Felipe Gudan ketika menghadiri mesyuarat tersebut berkata, polis marin Filipina dan China menjalinkan hubungan yang saling mempercayai dan bekerjasama akan mendorong peningkatan hubungan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak telah mewujudkan talian penting untuk meningkatkan komunikasi dalam bidang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China