Cari:
Jokowi Bimbang Populisme Indonesia
2017-02-24 15:02:56 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, demokrasi politik yang agak keterlaluan di negara itu telah membuka peluang kepada penyebaran fahaman ekstrem, seperti fahaman kebebasan, radikalisme, perkauman, rasisme, keganasan, dan lain-lain.

Jokowi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis angkat sumpah lembaga pengurus Parti Hanura Indonesia di Pusat Bandar Sentul, Bogor pada 22 Februari lalu.

Beliau memetik kenyataan Pengerusi Parti Hanura, Oesman Sapta, yang menyatakan bahawa sekiranya perbuatan membalas dendam, menyebarkan fitnah, khabar angin dan cela-mencela terus dibiarkan, maka Indonesia akan berpecah-belah.

Menurut beliau, keadaan tersebut juga merupakan ujian hebat kepada kerajaan Indonesia.

Sekiranya kerajaan berjaya menempuhinya, pasti kerajaan semakin matang dan kukuh.

Sebaliknya, kalau kerajaan gagal mengawal perkembangan gejala itu, maka kerajaan tidak berkemampuan lagi untuk memikul tugas utamanya, iaitu membawa manfaat kepada rakyat.

Tegas beliau, kunci untuk menghalang populisme yang melampau adalah dengan mengetatkan penguatkuasaan undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China