Cari:
Duterte Mahu Timba Pengalaman Pentadbiran PKC
2017-02-24 15:10:18 CRI Cetak

Delegasi Parti Komunis China (PKC) yang diketuai oleh Pengerusi Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao melawat ke Filipina pada 19 hingga 22 Februari lalu dan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Demokratik Filipina-Kuasa Rakyat (PDP-Laban) yang juga Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Duterte menyatakan bahawa Filipina menyambut baik peningkatan kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara.

PDP-Laban juga berharap dapat meningkatkan komunikasi dengan PKC berdasarkan mekanisme yang sedia ada, di samping meningkatkan rasa saling mempercayai dan kerjasama.

Dalam pertemuan tersebut, Duterte menegaskan bahawa beliau amat berminat untuk menimba pengalaman pentadbiran PKC dan akan menghantar pegawai PDP-Laban serta kerajaan ke China dengan secepat mungkin untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman pentadbiran.

Song Tao mengalu-aluan cadangan Duterte.

Selepas pertemuan, Duterte telah menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman dan kerjasama antara PKC dengan PDP-Laban.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China