Cari:
Forum Pelaburan China-Filipina Galakkan Kerjasama Dua Hala
2017-02-25 14:37:06 CRI Cetak

Forum Pelaburan Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Perdagangan dan Industri Filipina telah diadakan di Manila semalam. Hampir 300 wakil dari kerajaan, institusi kewangan dan korporat kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan tentang cara untuk mempergiat kerjasama bilateral.

Menteri Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon M. Lopez dalam ucapannya berkata, Filipina merupakan salah satu saluran yang menyambungkan pasaran Asia Tenggara, dan telah menjadi salah satu tempat pelaburan yang paling bernilai di rantau ASEAN. Sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN untuk tahun ini, Filipina akan terus berusaha untuk mendorong proses rundingan Perjanjian Hubungan Rakan Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua pula berkata, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) di China bulan Mei nanti. Negara itu juga akan menjadi komponen penting dalam Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.

China telah menghantar delegasi perdagangan yang terbesar ke Filipina untuk menyertai forum tersebut. Lebih 130 orang wakil dari lebih 40 buah syarikat China telah mengadakan perbincangan perniagaan dengan syarikat Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China