Cari:
Polis Malaysia: Tiada Sisa Bahan Beracun di KLIA2
2017-02-26 14:20:40 CRI Cetak

Tiada sisa bahan beracun didatapai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), tempat berlakunya kes lelaki warga Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) diserang. Pihak polis Malayasia mengumumkan demikian semalam setelah melaksanakan pemeriksaan terhadap bahan beracun pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Abdul Samah Mat menyatakan bahawa operasi kali ini untuk menjamin KLIA2 tidak dicemari oleh bahan berbahaya.

Menurut maklumat yang diumumkan oleh polis Malaysia pada 24 Februari lalu, agen saraf VX dikesan dalam bedah siasat terhadap mayat lelaki warga DPRK yang dibunuh pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kepada media bahawa seorang suspek wanita pernah muntah setelah ditahan dan puncanya disyaki menyentuh bahan beracun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China