Cari:
Pengawal Pantai China, Filipina Wujudkan Talian Utama
2017-02-27 15:36:34 CRI Cetak

Pengawal pantai China dan Filipina bersetuju untuk mewujudkan talian utama dalam mesyuarat jawatankuasa bersama yang diadakan di Subic, Filipina pada 20 hingga 22 Februari lalu.

Kerjasama tersebut diyakini bermanfaat bagi mengukuhkan rasa saling mempercayai dan persahabatan kedua-dua negara serta memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.  

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasakan kerjasama dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan, operasi menyelamat di laut, perlindungan alam sekitar, dan lain-lain.

Tambah beliau, China berpuas hati dengan hasil mesyuarat itu dan menyambut baik kerjasama pengawal pantai dalam mendorong hubungan China-Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China