Cari:
Mesyuarat Kumpulan Kerja DoC ke-19 di Bali
2017-02-27 13:37:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Kumpulan Kerja Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) ke-19 yang disertai oleh China dan 10 negara anggota ASEAN diadakan di Pulau Bali, Indonesia hari ini.

Menurut Naib Menteri Luar Filipina, Enrique A. Manalo, semua pihak mempunyai hasrat yang sama, iaitu memuktamadkan rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) pada tahun ini.

Selain itu, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan pula berkata, ketika berdepan dengan faktor ketidaktentuan global pada masa ini, ASEAN kini berusaha untuk menggubal rangka CoC yang bertujuan untuk memelihara kedamaian Laut China Selatan.

Menurut pihak China pula, usaha melaksanakan DoC secara menyeluruh dan berkesan serta memuktamadkan rangka CoC dalam tempoh setengah tahun pertama tahun ini merupakan perkara penting bagi China dan ASEAN dalam menangani isu Laut China Selatan.

Situasi di Laut China Selatan berkembang ke arah yang baik dan stabil melalui usaha bersama China dan negara-negara ASEAN.

Negara-negara di rantau lain diharap menghormati usaha murni tersebut dan mengambil tindakan yang berfaedah bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China