Cari:
Rundingan RCEP Pusingan ke-17 Dirasmikan
2017-02-28 14:54:02 CRI Cetak

Rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pusingan ke-17 telah dirasmikan di Kobe, Jepun semalam.

Rundingan itu berlangsung dari 27 Februari hingga 3 Mac nanti.

Para perwakilan dari 10 negara ASEAN dan enam rakan dialog (China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India) akan mengadakan rundingan mengenai cukai kastam, hak harta intelek dan perdagangan perkhidmatan.

Rundingan berkaitan dengan kerjasama ekonomi dan teknologi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah mencapai kata sepakat sebelum rundingan berkenaan diadakan.

Rundingan kali ini merupakan rundingan pusingan pertama selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Penganalisis berpendapat, dalam keadaan kedudukan TPP yang tidak menentu, RCEP semakin penting. Namun, negara-negara peserta masih belum mencapai persepakatan mengenai perdagangan kargo, perdagangan perkhidmatan dan pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China