Cari:
China, Singapura Sedia Perkasakan Kerjasama
2017-02-28 14:55:38 CRI Cetak

China dan Singapura perlu memperkasakan kerjasama dalam membangunkan "Jalur dan Laluan" (B&R), mendorong proses integrasi serantau dan menggalakkan penubuhan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan di Beijing semalam.

Menurut Wang, China berharap Singapura dapat memainkan peranan yang konstruktif selaku negara penyelaras China-ASEAN, mendorong perkembangan hubungan China-ASEAN, sekali gus memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Vivian pula berkata, Singapura amat mementingkan hubungan dengan China dan berharap dapat menjadi rakan kerjasama yang boleh dipercayai bagi China dalam jangka masa panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China