Cari:
Letupan Bom di Bandung, Seorang Suspek Ditembak Mati
2017-02-28 14:56:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Insiden letupan bom berlaku di Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat, Indonesia pagi semalam.

Seorang suspek yang melancarkan serangan itu telah ditembak mati oleh polis tempatan.

Menurut jurucakap polis, dua orang suspek meletupkan bom buatan sendiri di sebuah taman di bandar itu pada kira-kira pukul 9 pagi semalam. Polis sedang memburu seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri.

Menurut laporan media, suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan disyaki mempunyai kaitan dengan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China