Cari:
Syarikat Filem CIBN Ditubuhkan di Thailand
2017-03-01 13:49:31 CRI Cetak

Syarikat Filem Rangkaian Penyiaran Antarabangsa China (CIBN) yang berfokus kepada kerjasama China-Thailand dalam industri perfileman telah ditubuhkan di Bangkok semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan Thailand, M.L.Panadda Diskul, Kaunselor Kebudayaan China ke Thailand, Chen Jiang serta lebih 50 bintang filem kedua-dua negara telah menyaksikan penubuhan syarikat tersebut.

Syarikat itu bakal mengadakan usaha sama untuk mempromosikan filem dari kedua-dua negara.

Tiga buah filem yang dihasilkan oleh syarikat tersebut bersama-sama dengan dua lagi syarikat Thailand, iaitu Guiding Light, The Shock Series dan Love Complex turut dilancarkan pada majlis berkenaan.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China