Cari:
Bank Kemboja Tawar Perkhidmatan Deposit dan Pinjaman RMB
2017-03-01 13:51:42 CRI Cetak

Canadia Bank PLC, salah sebuah bank komersial terbesar di Kemboja, menawarkan perkhidmatan deposit dan pinjaman renminbi (RMB) bermula hari ini bagi menggalakkan kecairan mata wang RMB di negara itu, sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan antara Kemboja dengan China.

Menurut bank itu, pihaknya telah menerima banyak permintaan daripada pelanggan untuk menyimpan RMB atau menukar dolar Amerika kepada RMB sebelum ini.

Perkhidmatan deposit RMB yang ditawarkan oleh bank berkenaan merangkumi deposit tetap dan akaun semasa, serta turut ditawarkan kepada para pelanggan yang terdiri daripada pelabur dan pelancong.

Menurut Gabenor Bank China cawangan Phnom Penh, Chen Changjiang, langkah tersebut berfaedah untuk membantu mengantarabangsakan mata wang RMB dan juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China