Cari:
Kereta Mewah Pemimpin Laos Dilelong
2017-03-02 17:37:40 CRI Cetak

Kereta mewah pemimpin Laos dilelong di Vientiane, ibu negara Laos kelmarin.

Lelongan kali ini terdiri daripada tujuh buah kereta mewah jenis BMW 7 Series sedan dan tujuh buah Mercedes-Benz S350 sedan.

Harga permulaan yang ditawarkan bagi setiap kereta BMW adalah USD102 ribu, manakala Mercedes-Benz pula USD62 ribu.

Jumlah lelongan akhir bagi kesemua 14 buah kereta tersebut mencecah USD1.432 juta.

Pemimpin Parti Revolusi Rakyat dan kerajaan Laos sebelum ini memutuskan untuk menggunakan kereta yang lebih murah menggantikan kereta mewah bagi menjimatkan perbelanjaan.

Menurut agensi berita Pathet Lao, proses lelongan kali ini merupakan lelongan pertama, lelongan kedua akan dijalankan tidak lama lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China