Cari:
Thailand Beri Visa Percuma kepada Pelancong China
2017-03-02 11:43:22 CRI Cetak

Pejabat Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) di Kunming, China semalam mengumumkan, menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Thailand, dasar pengecualian bayaran visa dan pengurangan bayaran visa ketibaan (VOA) kepada pelancong China dan pelancong-pelancong lain akan dilaksanakan bermula pada 1 Mac hingga 31 Ogos tahun ini.

Difahamkan, dasar baharu itu menyasarkan Tanah Besar dan provinsi Taiwan China serta Maldives.

Penduduk dari negara dan wilayah tersebut boleh menikmati dasar pengecualian bayaran visa bagi yang memohon kemasukan tunggal.

Jika memohon VOA, mereka hanya perlu membayar 1,000 baht iaitu bersamaan kira-kira USD28.58 (RM127.25). 

    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China