Cari:
Pembangunan China dan Sidang Tahunan NPC Tarik Perhatian Sarjana ASEAN
2017-03-02 12:09:07 CRI Cetak

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang bakal diadakan di Beijing pada awal bulan Mac ini menjadi tumpuan para sarjana negara ASEAN.

Pengarah Institut Asia Timur, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), profesor Zheng Yongnian dalam artikel yang diterbitkan dalam akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura berkata, China kini merupakan entiti ekonomi kedua terbesar dan negara dagang paling besar di dunia.

Walaupun pertumbuhan ekonomi menurun, namun China tetap penyumbang utama ekonomi dunia dengan kapasiti ekonominya yang sangat besar.

Penyelidik dari Institut Asia Timur NUS, Chen Gang pula berpendapat, pemacu pertumbuhan ekonomi China perlu beralih kepada pasaran domestik daripada pasaran luar.

Tekanan dari luar akan membantu penstrukturan semula industri domestik, dan keadaan tersebut bakal membawa manfaat kepada China bagi tempoh masa yang panjang.

Pengerusi Tabung Nanyang ASEAN Indonesia, Bambang Soerjono berpendapat, daya tarikan "model China" semakin besar kepada dunia, dan boleh dicontohi oleh negara membangun lain termasuk Indonesia, khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China