Cari:
Indonesia Harap Perkasakan Kerjasama Infrastruktur dengan China
2017-03-03 15:13:25 CRI Cetak

Pelaburan langsung syarikat China ke Indonesia meningkat pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Indonesia berharap dapat memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang infrastruktur dan sumber tenaga.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Armanatha Nasir dalam sidang media semalam.

Menurut beliau, Indonesia dan China mengekalkan hubungan baik dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Indonesia berharap lebih banyak syarikat China melabur dalam pembinaan infrastruktur Indonesia, antaranya termasuklah lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang serta bidang sumber tenaga dan perlombongan.

Menyentuh mengenai pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R), Nasir berkata, negaranya berharap penyepaduan inisiatif B&R China dengan strategi "sangga tuas maritim global" Indonesia dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China