Cari:
Penjenayah Lari ke Vietnam Diserah kepada Polis China
2017-03-05 14:08:25 CRI Cetak

Dengan bantuan polis Vietnam, dua penjenayah ekonomi China yang melarikan diri ke negara itu telah diserahkan kepada polis China semalam.

Kaunselor Kepolisan Kedutaan China di Vietnam, Zhao Wanpeng memaklumkan, kedua-dua penjenayah tersebut melarikan diri ke Vietnam selepas terdengar berita bahawa polis akan bertindak memburu mereka kerana menjual invois cukai nilai tambah yang palsu di Shantou, provinsi Guangdong pada tahun 2013.

Selepas menyembunyikan diri di Haiphong, utara Vietnam selama dua tahun, mereka menyerah diri di Kedutaan China di Vietnam.

Beliau menambah, kerjasama polis China dan Vietnam dalam operasi memburu penjenayah yang lari, telah membuahkan hasil. Sejak tahun 2016, terdapat hampir 10 penjenayah yang telah menyerah diri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China