Cari:
Liow Tiong Lai: Prestasi Ekonomi Malaysia Diunjur Lebih Baik pada 2017
2017-03-06 14:41:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Dato' Seri Liow Tiong Lai memaklumkan bahawa prestasi dan prospek ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada tahun ini berikutan kenaikan harga minyak kelapa sawit dan getah serta bahan mentah yang lain, selain kenaikan unjuran pertumbuhan ekonomi global.

Liow Tiong Lai berkata demikian ketika menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-68 MCA yang diadakan di Kuala Lumpur pada 5 Mac lalu.

Beliau dalam ucapan tahniahnya berkata Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diharap dapat menjadikan Malaysia antara 20 negara terhebat di persada dunia dalam tempoh 30 tahun yang akan datang.

Tambah beliau lagi, MCA yang telah menjalinkan hubungan yang agak rapat dengan Parti Komunis China (PKC) dan komited untuk menaiktarafkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan China dalam pelbagai aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China