Cari:
Lima Syarikat China Rancang Labur USD10 Bilion di Filipina
2017-03-06 12:51:54 CRI Cetak

Lima buah syarikat China, iaitu Aviation Industry Corporation of China (AVIC) International Holding Corporation (AVIC INTERNATIONAL), Liaoning Polaris Group Co. Ltd., Huili Investment Fund Management Co., Ltd., Dalian Wanyang Heavy Industries Co. Ltd. dan Yidingtai International merancang untuk melabur lebih USD10 bilion (RM44.5 bilion) di Filipina, sekali gus menawarkan 15 ribu peluang pekerjaan.

Antaranya, Liaoning Polaris dan Huili Investment Fund masing-masing akan melabur sebanyak USD3 bilion (RM13.4 bilion).

Liaoning Polaris merancang untuk membina dan melancarkan projek berkaitan dengan petrolum seperti jualan runcit on-line, simpanan minyak dan penapisan minyak. Projek berkenaan dijangka akan menyediakan tiga ribu peluang pekerjaan.

Manakala, Huili Investment Fund bercadang untuk membina kilang besi keluli bertaraf dunia di Filipina yang mungkin menyediakan enam ribu peluang pekerjaan.

Selain itu, Dalian Wanyang merancang untuk memperuntukkan USD2.8 bilion (RM12.5 bilion) untuk membina projek jana kuasa elektrik sisa buangan di Manila yang mampu menjana elektrik sebanyak 312 megawatt menggunakan empat ribu hingga lima ribu tan sampah-sarap. Projek itu dijangka menyediakan 4,500 peluang pekerjaan.

Yidingtai International pula merancang untuk melabur USD1.5 bilion (RM6.7 bilion) untuk membina kilang pembuatan kapal dan alat ganti di Filipina yang bakal menyediakan dua ribu peluang pekerjaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China