Cari:
Menteri Perdagangan China Ketuai Delegasi Lawat Filipina
2017-03-07 10:45:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Zhong Shan, Menteri Perdagangan China yang baharu telah mengetuai delegasi kerajaan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Filipina pada 6 hingga 9 Mac ini.

Lawatan kali ini bertujuan untuk mengintensifkan kerjasama antara China dengan Filipina dalam sektor perdagangan, pelaburan, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

Zhong Shan dilantik sebagai Menteri Perdagangan melalui keputusan yang dibuat dalam Persidangan ke-26 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 yang diadakan di Beijing pada 24 Februari lalu.

Dalam tempoh lawatan kali ini, Zhong Shan dilaporkan akan bertemu dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri kabinet negara berkenaan, selain mempengerusikan mesyuarat ke-28 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara kerajaan China dengan Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China