Cari:
Filipina Komited Galakkan Rundingan RCEP Diselesaikan Akhir 2017
2017-03-07 12:17:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijadikan salah satu agenda utama dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN yang bakal diadakan di Manila pada 8 hingga 10 Mac ini.

Sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN, Filipina akan menggalakkan rundingan berhubung perjanjian RCEP dengan sepuluh negara anggota ASEAN dan enam negara rakan dialog dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

Perkara itu disampaikan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon M. Lopez pada 6 Februari lalu.

Lopez berkata, mesyuarat kali ini akan memperluas konsensus antara sepuluh negara ASEAN dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Beliau beranggapan, membina persekitaran yang sempurna dan melaksanakan projek sokongan boleh dikatakan sangat penting bagi kemakmuran dan pelaburan serantau.

Selain itu, mesyuarat kali ini juga akan mencari jalan penyelesaian bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melibatkan diri dalam rantai nilai global (GVC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China