Cari:
Pakar Kemboja: Pembangunan China Penting bagi Ekonomi Serantau dan Dunia
2017-03-07 15:34:57 CRI Cetak

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Strategi Kemboja, Kung Phoak ketika diwawancara baru-baru ini berkata, persidangan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang sedang diadakan menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Beliau memberikan perhatian yang tinggi mengenai topik-topik yang dibincangkan dalam kedua-dua persidangan tersebut, antaranya termasuklah topik pembaharuan terhadap sektor pembekalan, persekitaran, isu rasuah, Jalur dan Laluan (B&R) dan globalisasi ekonomi.

Menurutnya, China melaksanakan pembaharuan terhadap sektor pembekalan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mesra alam.

Usaha tersebut memberikan manfaat kepada seluruh rakyat China.

Pembangunan ekonomi China yang stabil bukan sahaja amat penting bagi pembangunan ekonomi di rantau ini, malah seluruh dunia.

Kemboja dan negara-negara lain menyambut baik pembaharuan ekonomi China dan bersedia untuk memberikan maklum balas serta merebut peluang yang diberikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China