Cari:
Mesyuarat Kerjasama Ekonomi China-Filipina Berhasil
2017-03-08 11:16:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan Filipina telah mencapai pelbagai konsensus dalam sektor ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Hasil tersebut disampaikan dalam mesyuarat ke-28 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan China, Zhong Shan, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Filipina dan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon M. Lopez di Manila pada 7 Mac lalu.

Ini adalah kali pertama kedua-dua negara mengadakan mesyuarat tersebut sejak Ogos 2011.

Zhong Shan berkata, lawatan beliau kali ini bertujuan untuk melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin China dan Filipina pada Oktober tahun lepas, sekali gus menggalakkan kerjasama pragmatik perdagangan bilateral dapat berkembang dengan sihat.

Lopez memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini menetapkan pelaksanaan tiga projek utama dengan menggunakan pinjaman dari pihak China.

Kedua-dua pihak juga sebulat suara bersetuju untuk mengintensifkan kerjasama dalam bidang e-dagang rentas sempadan, analisis data besar, industri kreatif dan inovasi, automobil berkuasa elektrik dan industri besi dan keluli.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China