Cari:
Menteri Luar Filipina Dilucutkan Jawatan
2017-03-09 14:10:54 CRI Cetak

Jawatankuasa Pelantikan Kongres Filipina telah melucutkan jawatan Perfecto Yasay sebagai Menteri Luar bermula semalam, berikutan tindakan menteri luar itu menyembunyi fakta yang beliau pernah berwarganegaraan Amerika Syarikat (AS).

Menurut berita terkini, Presiden Rodrigo Duterte telah melantik Enrique Manalo sebagai pemangku Menteri Luar pada hari ini.

Dalam sesi taklimat yang diadakan semalam, Yasay mengaku beliau pernah memegang pasport AS.

Bagaimanapun, beliau pernah menafikan fakta tersebut dalam sidang pusingan pertama pada bulan Februari lalu.

Pada bulan Jun tahun lalu, Yasay telah memulakan tugas sebagai Menteri Luar selepas Rodrigo Duterte dipilih sebagai Presiden Filipina.

Menurut Perlembagaan Filipina, setelah Presiden melantik jemaah menteri, kelayakan mereka akan dinilai oleh Jawatankuasa Pelantikan Kongres sebelum menyandang jawatan secara rasmi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China