Cari:
Majlis Penyampaian Sumbangan China di Phnom Penh
2017-03-10 14:29:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Majlis penyampaian sumbangan dari China telah diadakan di Kementerian Luar Kemboja di Phnom Penh pada 9 Mac lalu.

Majlis kali ini diserikan dengan kehadiran Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo dan para pegawai diplomatik kedua-dua negara yang lain.

Xiong Bo berkata, hubungan China dan Kemboja berdepan dengan peluang baharu pada tahun ini.

Kedua-dua pihak akan mengekalkan pertukaran pada peringkat tinggi, mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, sekali gus memastikan lebih banyak kepentingan dapat dinikmati oleh rakyat kedua-dua negara.

Beliau turut menanti-nantikan kehadiran Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Satu Jalur Satu Laluan" (B&R) yang dijadualkan diadakan di Beijing pada Mei depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China