Cari:
Thai Pelawa Konvoi dari Yunnan Sertai Pesta Songkran
2017-03-10 15:12:00 CRI Cetak

Program "Pelancongan Berkualiti di Thailand 2017" anjuran Biro Pelancongan Negara Thailand, yang melibatkan aktiviti memandu kereta bagi meraikan pesta Songkran, telah dirasmikan di Kunming, Yunnan China semalam.

Sehubungan dengan itu, pihak Thailand akan mempelawa satu konvoi yang terdiri daripada lebih seratus kereta bertolak dari Yunnan ke Chiang Rai, Thailand bagi meraikan pesta berkenaan pada awal April.

Menurut pegawai Biro Pelancongan Thailand di Kunming, aktiviti tersebut diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-42 terjalinnya hubungan diplomatik Thailand-China, di samping merupakan projek pelancongan utama Thailand pada tahun 2017.

Konvoi berkenaan dijadualkan akan bertolak dari Mohan Yunnan dan melalui Houay Xai, Chiang Rai, Chiang Saen dan Boten, sebelum kembali semula ke Mohan.

Perjalanan itu akan memakan masa selama lapan hari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China