Cari:
Shandong Promosi Produk Pertanian di Thailand
2017-03-14 10:58:38 CRI Cetak

Karnival Perdagangan Produk Pertanian Shandong-Thailand diadakan di Bangkok, Thailand semalam. Aktiviti tersebut untuk mempromosi produk pertanian provinsi Shandong, di samping mendorong kerjasama industri pertanian antara Shandong dengan Thailand, serta memperluas skop perdagangan kedua-dua pihak.

Shandong merupakan pusat penghasilan bahan makanan, kapas dan minyak masak yang penting di China dan juga antara provinsi yang banyak mengeksport produk hasil laut, buah-buahan, ternakan dan sayur-sayuran.

Sementara itu, Thailand pula dikenali sebagai "gudang bahan makanan Asia Tenggara". Industri pertanian menduduki tempat yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan struktur masyarakat Thailand.

Oleh itu, kedua-dua pihak mempunyai potensi kerjasama yang besar dalam bidang pertanian dan perdagangan produk pertanian.

Sempena karnival itu, Jabatan Perdagangan Provinsi Shandong dan Dewan Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa Asia Thailand telah menandatangani perjanjian untuk mendorong kerjasama antara Shandong dengan Thailand dalam perdagangan dan pelaburan.

Aktiviti berkenaan telah menarik kehadiran lebih 60 syarikat korporat Shandong dan hampir 100 komuniti perniagaan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China