Cari:
Malaysia-China akan Perluas Kerjasama
2017-03-14 11:12:26 CRI Cetak

Malaysia dan China perlu merebut peluang kerjasama dalam bidang yang lebih meluas.

Demikian dinyatakan Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China, Tan Sri Ong Ka Ting ketika melawat ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dengan ditemani Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China, Zhang Xiaoqin semalam.

Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China yang dibina dengan usaha bersama kerajaan China dan Malaysia merupakan kerjasama perindustrian antarabangsa model baharu yang membentuk "dua negara dua taman perindustrian".

Sehingga kini, projek yang telah siap dan masih dalam proses pembinaan di taman Qinzhou berjumlah 89 projek, dengan pelaburan sebanyak RMB53.88 bilion (RM34.63 bilion).

Tan Sri Ong Ka Ting berkata, pasaran China agak luas. Syarikat korporat Malaysia digalakkan terus meneroka kerjasama dengan China dalam bidang makanan halal, pemprosesan dan penghasilan produk sawi dan getah.

Selain itu, Malaysia juga ingin meneroka kerjasama dengan China dalam inovasi perindustrian tradisional dan teknologi tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China