Cari:
7.1 Juta Masih Hidup dalam Kemiskinan di Thailand
2017-03-15 10:32:15 CRI Cetak

Menurut laporan terkini Bank Dunia (WB), sehingga kini masih terdapat 7.1 juta orang masih hidup dalam kemiskinan di Thailand, dengan pendapatan purata sehari kurang daripada USD6.2, iaitu THB218.

Menurut jangkaan, Thailand memerlukan tempoh 6 tahun untuk membasmi kemiskinan dan 20 tahun untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Kebanyakan penduduk miskin berada di timur laut, utara dan tiga wilayah di selatan negara itu.

Laporan WB tersebut juga menunjukkan bahawa ekonomi merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan masalah kemiskinan di Thailand terus wujud dalam tempoh masa yang lama.

Peningkatan purata tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand sebelum krisis kewangan Asia pada tahun 1997 ialah 7.7 peratus, manakala pada tahun 2000 hingga 2013 pula 4.2 peratus, dan kadar itu hanya mencatat 3.2 peratus pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China