Cari:
Wang Yang akan Lawat Filipina
2017-03-15 14:08:33 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang, atas undangan kerajaan Filipina, akan mengadakan lawatan rasmi ke negara itu pada 16 hingga 19 Mac ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, Wang Yang akan bertemu dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengadakan rundingan dengan kumpulan pengurusan ekonomi negara itu, menghadiri majlis perasmian "Tahun Pelancongan China-ASEAN", selain menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina.

Menurut jurucakap itu, hubungan China-Filipina kembali jernih selepas lawatan Presiden Rodrigo Duterte ke China pada bulan Oktober lalu.

Kini, kedua-dua negara berusaha meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, mengintensifkan kerjasama pragmatik, memulihkan dialog maritim, sekali gus memastikan hubungan China-Filipina berkembang ke arah yang lebih baik demi manfaat rakyat kedua-dua negara serta keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China