Cari:
Sayyid: Persahabatan China-Indonesia Kekal Abadi
2017-03-16 15:30:12 CRI Cetak

Pengerusi Nahdlatul Ulama (NU) Indonesia, pertubuhan Islam terbesar negara itu, Sayyid ketika menemui Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng menyatakan bahawa China adalah jiran dan rakan yang baik bagi Indonesia.

Indonesia perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan China dan mengekalkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Xie Feng, atas undangan Sayyid, telah mengadakan kunjungan di Pondok Pesantren Khas Kempek Cirebon dan disambut dengan meriah oleh 3000 guru dan pelajar.

Ketika menyampaikan ucapan, Sayyid mengimbas kembali sejarah persahabatan antara Indonesia dengan China dan menyatakan bahawa rakyat Indonesia gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh China.

NU memberikan sokongan padu kepada China untuk menjalinkan kerjasama dengan Indonesia dalam projek pembinaan kemudahan infrastruktur termasuk landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung.

China bukan sahaja membawa pelaburan dan teknologi tinggi kepada Indonesia, malah menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan manfaat kepada rakyat di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China