Cari:
Kerajaan Myanmar Alu-alukan Laporan Isu Rakhine
2017-03-18 14:15:06 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar mengalu-alukan laporan penyiasatan interim yang dikeluarkan Suruhanjaya Penasihat Hal Ehwal Negeri Rakhine yang diketuai mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Anan malam Khamis lalu, dan yakin cadangan dalam laporan itu akan memberikan pengaruh yang positif terhadap perdamaian kaum di wilayah itu.

Suruhanjaya tersebut mengadakan sidang media di Yangon Khamis lalu, anggotanya telah mengumumkan laporan interim mengenai isu Rakhine dan menyiarkan ucapan Anan melalui video.

Laporan interim itu menyatakan bahawa selepas insiden serangan berlaku di kawasan sempadan Rakhine pada bulan Oktober tahun 2016 serta langkah-langkah keselamatan diambil, sifat masalah yang dihadapi wilayah Rakhine telah berubah. Laporan itu mengeluarkan siri cadangan termasuk menyeru bantuan kemanusiaan kepada kawasan itu, meningkatkan pembangunan sosioekonomi tempatan dan menambah pendidikan mengenai pemeliharaan warisan budayaan tempatan. Laporan itu juga mengemukakan agar masalah kewarganegaraan orang tempatan perlu diselesaikan dengan secepat mungkin.

Anan dalam ucapannya mencadangkan kerajaan Myanmar supaya mengizinkan orang Islam Rakhine pulang ke kampung halaman mereka, di samping itu, menutup secara kekal kem pelarian di wilayah berkenaan.

Pada hari yang sama, Jabatan Penasihat Negara Myanmar mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kesediaan untuk melaksanakan kebanyakan cadangan dalam laporan tersebut. Kerajaan Myanmar bersedia bekerjasama dengan suruhanjaya itu supaya mencari cara penyelesaian yang boleh dilaksanakan secara berterusan mengenai isu berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China