Cari:
Pemimpin UDD Nafi Miliki Pelbagai Senjata
2017-03-21 16:12:22 CRI Cetak

Pemimpin Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD) atau lebih dikenali kumpulan Baju Merah, Wuthipong Kochathamakun membuat penafian, melalui sebuah laman web di luar negara, yang beliau memiliki senjata, selepas polis Thailand menjumpai banyak senjata di kediaman beliau pada 18 Mac lalu.

Menurut beliau, dakwaan tersebut merupakan tindakan kerajaan Thailand untuk memburuk-burukkannya.

Polis Thailand telah menemui pelbagai jenis senjata, antaranya termasuklah raifal M-16, pistol, peluru, dan lain-lain di kediaman Wuthipong Kochathamakun, serta menahan tujuh lelaki dan dua wanita yang dipercayai ada kaitan dengan anggota Baju Merah yang dikehendaki polis.

Ketua Polis Thailand, Chakthip Chaijinda berkata, selepas menjalankan siasatan awal, Wuthipong Kochathamakun dan pengikutnya didapati membuat rancangan untuk membunuh pemimpin tinggi kerajaan, termasuk Perdana Menteri Prayut Chan-ocha. 

Siasatan lanjutan sedang dijalankan bagi mendapatkan kebenaran.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China